Pada asalnya tapak Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Jemapoh adalah bangunan Bilik Gerakan KRT dan SRS Desa Jemapoh yang disewakan khas kepada pihak pengurusan MSD Digital Itelligence Sdn Bhd. Dengan adanya tapak khas ini maka ia adalah salah satu titik tambah bagi pembangunan kawasan luar bandar yang lama kelamaan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi penduduk sejagat disamping itu dapat mencapai hasrat murni kerajaan dan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi merapatkan jurang digital untuk penduduk luar bandar. Bagi mereka sudah selayaknya penduduk luar bandar mendapat taraf hidup yang sama “level” dengan penduduk yang tinggal di bandar yang lebih celik IT berbanding penduduk luar bandar.
Nama : PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KAMPUNG JEMAPOH
Nama Fasa : CLAWBACK 2014
Tarikh mula operasi : 21 JULAI 2016
Tempat asal PI1M : Tapak Bilik KRT & SRS Kg Desa Jemapoh
Gambar Bangunan Asal
Gambar PI1M sekarang

MAJLIS PERASMIAN PUSAT INTERNET
Pada 9 Disember 2016, telah diadakan Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Haji Mohamad Razi b Kail (Adun Kawasan Juasseh) .Pada hari berikut juga diadakan Majlis Hari Bersama Komuniti yang julung kali diadakan bertujuan untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Jemapoh ini.


Majlis Menandatangani Plag Perasmian PI1M












