Tarikh | : 10 Mei 2025 |
Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi | : NADI Kampung Jemapoh |
Peserta | : 1 pelajar sekolah rendah |
Tujuan
Program ini dihadiri oleh seorang peserta dari pelajar sekolah rendah. Program ini adalah bertujuan bagi peserta untuk mempelajari strategi dan kemahiran keusahawanan.
Aktiviti
Program ini adalah fokus kepada ikon Usahawan Cilik NADI 2025 (Cohort 2). Antara kandungan webinar yang didedahkan adalah seperti berikut:-
1. Asas-asas perniagaan dan kepentingannya.
2. Langkah-langkah memulakan perniagaan kecil.
3. Cara mengenal pasti peluang perniagaan dalam komuniti.
4. Pengurusan kewangan asas untuk usahawan muda.
5. Pemasaran produk secara kreatif dan berkesan.