mcmc
Laporan Aktiviti

Program NADI X Komuniti MADANI Majau Sesi 1

Tarikh: 01 Mac 2025
Masa: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi
Lokasi: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh
Peserta: 2 orang

Tujuan

Program ini telah dihadiri oleh dua orang ahli komuniti MADANI Majau. Tujuan program ini adalah petugas memberi taklimat pengenalan kepada NADI dan pengenalan kepada peralatan komputer.

Aktiviti

Program NADI x Komuniti MADANI telah berlangsung dengan jayanya di NADI Kampung Jemapoh. Seramai dua orang ahli Komuniti MADANI Majau telah menyertai sesi ini. Pertama sekali, petugas memberi penerangan tentang taklimat pengenalan NADI dan program perkhidmatan pintar di NADI. Para peserta turut diajar asas komputer dan asas menaip menggunakan papan kekunci dengan betul. Di samping itu, para peserta juga membuat latihan menaip artikel ringkas dengan menggunakan Microsoft Word. Selain daripada itu, program tersebut turut dihadiri oleh Puan Kogilavani Suppramaniam, Penolong Eksekutif MCMC Negeri Sembilan dan Encik Muhamad Khairul Anuar Bin Othman, Pembantu Penerangan Daerah Kuala Pilah.