mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KHAS SAMBUTAN MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI KAMPUNG JEMAPOH

Tarikh: 07 September 2025
Masa: 09.30 pagi – 04.00 petang
Lokasi: NADI Kampung Jemapoh
Peserta : 40 orang pengunjung

Tujuan

Program ini telah melibatkan komuniti setempat yang berjumlah 40 orang pengunjung. Program ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dan telah dilaksanakan kepada semua NADI di seluruh Malaysia.

Aktiviti

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti setempat. Terdapat banyak aktiviti yang melibatkan penyertaan komuniti setempat antaranya,

  1. Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-Kanak
  2. Pertandingan Dekorasi Memasak
  3. Tayangan Wayang Pacak Sempena Hari Kebangsaan
  4. Saringan Kesihatan Percuma
  5. Sesi Live Bersama YB Menteri Komunikasi
  6. Perlawanan Mobile Legend BangBang
  7. Sesi Cabutan Bertuah
  8. Sesi Penyampaian Hadiah