| Tarikh | : 11 Disember 2025 |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.30 pagi |
| Lokasi | : NADI Kampung Jemapoh |
| Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Program ini melibatkan seramai seorang peserta wanita surirumah. Program ini adalah bertujuan melahirkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing dalam bidang perniagaan dan pemasaran.
Aktiviti
Program ini adalah membantu peserta memahami konsep asas perniagaan, khususnya cara memulakan dan mengurus perniagaan kecil. Ia juga merangkumi:
- Mendedahkan asas keusahawanan.
- Meningkatkan kemahiran pemasaran.
- Memahami operasi perniagaan.
- Memperkasa komuniti setempat.
- Menggalakkan penjanaan pendapatan.