mcmc
Laporan Aktiviti

NADI Cybersecurity

Tarikh: 10 Mei 2025
Masa: 10.00 pagi – 12 tengahari
Lokasi: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh
Peserta: 4 orang

Tujuan

Program ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada 2 pelajar sekolah rendah dan seorang pelajar sekolah menengah berserta seorang belia. Tujuan program ini adalah petugas memberi taklimat kesedaran kepada keselamatan internet.

Aktiviti

Program NADI x Komuniti MADANI telah berlangsung dengan jayanya di NADI Kampung Jemapoh. Seramai dua orang ahli Komuniti MADANI Majau telah menyertai sesi ini. Pertama sekali, petugas memberi penerangan tentang taklimat pengenalan NADI dan program perkhidmatan pintar di NADI. Para peserta turut diajar asas komputer dan asas menaip menggunakan papan kekunci dengan betul. Di samping itu, para peserta juga membuat latihan menaip artikel ringkas dengan menggunakan Microsoft Word. Selain daripada itu, program tersebut turut dihadiri oleh Puan Kogilavani Suppramaniam, Penolong Eksekutif MCMC Negeri Sembilan dan Encik Muhamad Khairul Anuar Bin Othman, Pembantu Penerangan Daerah Kuala Pilah.