mcmc
Maklumat NADI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

 

 

Assalamualaikum dan selamat datang ke Portal Rasmi NADI Kampung Jemapoh, Negeri Sembilan

 

 

APA ITU PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL? 

 

    NADI ialah singkatan kepada “PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL”. NADI merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi, antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.

    Objektif penubuhan NADI adalah untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan jalur Lebar Kebangsaan dengan memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan. Selain itu, penubuhan NADI adalah untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Menyedari jurang perbezaan itu, NADI berusaha memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet agar masyarakat luar bandar dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

  NADI menawarkan latihan ICT (Information and Communication Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, NADI juga menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar,printing,scanning,fotostat,laminate,binding dan zon internet tanpa wayar. NADI turut menawarkan latihan seperti pengenalan asas komputer, asas internet, aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-dagang,e-pembelajaran),desktop publishing ( Microsoft office) dan sebagainya.

   Selain itu, pelbagai kemudahan turut disediakan seperti pembayaran bil-bil semasa melalui online, melakukan urusan jual beli secara dalam talian,mendapatkan pelbagai maklumat am, mengiklankan produk jualan dan perkhidmatan secara dalam talian serta menggunakan sistem penyampaian kerajaan untuk membuat aduan atau cadangan.

 

 

 

 OBJEKTIF

 

 Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

 Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

 Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan.

 Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

 Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN SEPERTI :

 

  Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi

  Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar

  Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian

  Perkhidmatan pencetak

  Laminate                      

  Binding

  Program latihan ICT dan pembangunan modal insan

  Aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus

 

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan NADI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

      e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)

      e-Pembelajaran (e-Learning)

      Pengumpulan dan pertukaran maklumat

      Pusat Komunikasi

      Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

      Pusat peperiksaan dan persijilan.

      Pembelajaran Sepanjang Hayat

 

WAKTU OPERASI NADI KAMPUNG JEMAPOH

                         **Tutup pada hari pelepasan am

 

NAMA PETUGAS :

 

   

PENGURUS

PENOLONG PENGURUS

LILI MASNI BINTI ZULKIFLI

NUR NAJWANI BINTI MOHD ISMAIL

 

 

 

EMEL RASMI NADI KAMPUNG JEMAPOH

 lili.masni@pedi.my / nur.najwani@pedi.my 

 

LAMAN WEB PORTAL

  http://kgjemapoh.pjk.com.my 

 

AKAUN MEDIA SOSIAL

https://www.facebook.com/NADIKampungJemapoh