|
Tarikh |
: 1 Mac 2018 |
|
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahhari |
|
Lokasi |
: Pusat Internet 1Malaysia Kampung Jemapoh |
|
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta yang berumur 49 tahun juga merupakan seorang usahawan di Kg Jemapoh. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada asas perakaunan menggunakan aplikasi Microsoft Excel.
Aktiviti
Petugas menerangkan kepada peserta mengenai fungsi Microsoft Excel dan tatacara penggunaannya. Peserta juga diajar cara memasukkan data ke dalam “sheet” di Microsoft Excel. Petugas menyediakan data untuk peserta memasukkan ke dalam “sheet” dengan bimbingan petugas. Selain itu, peserta juga diajar cara membuat pengiraan aritmetik di Microsoft Excel bagi membuat akaun kewangan. Petugas juga menerangkan cara untuk menyimpan dokumen yang telah siap ditaip dengan cara memilih ikon “Save As” serta menaip nama dokumen tersebut.