|
Tarikh |
: 22 Mac 2018 |
|
Masa |
: 3.30 petang – 5.30 petang |
|
Lokasi |
: PI1M Kampung Jemapoh |
|
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa dan matematik para peserta menggunakan aplikasi atas talian iaitu Kahoot.
Aktiviti
Petugas menyediakan soalan Tatabahasa dan Matematik di dalam aplikasi Kahoot. Soalan Tatabahasa merangkumi penjodoh bilangan dan peribahasa manakala soalan Matematik adalah mengenai tajuk sifir. Peserta dikehendaki menjawab semua soalan yang diberikan.