Laman Gentam, Kuala Pilah

Pelancongan & Tempat Bersejarah | 24 November 2017

 

 

Laman Gentam ini adalah tarikan terbaru yang terdapat di laluan antara Jemapoh-Pelangai-Beting-Gentam menuju ke Pekan Kuala Pilah. Laman Gentam sebuah tempat anda boleh mengabadikan kenangan dan memori indah bersama tersayang. Dengan berkonsepkan landskap ala-ala ‘garden’. Laman dan suasana kampung yang penuh dengan ciri kehijauan dan sejuk mata memandang.

 

Laman Gentam menyediakan perkhidmatan seperti majlis-majlis rasmi perkahwinan, acara-acara khas, majlis keraian, perjumpaan rasmi (meeting) dan sebagainya. 

 

 
Sumber : https://www.facebook.com/lamangentam/