mcmc
Laporan Aktiviti

Karnival Digital Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah 2025

Tarikh: 01 November 2025
Masa: 07.15 pagi – 02.00 petang
Lokasi: Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah
Peserta: 132 orang

Tujuan

Program ini merupakan inisiatif pendidikan digital yang bertujuan memberi pendedahan kepada murid terhadap teknologi maklumat, inovasi serta keselamatan siber. Kehadiran adalah sebanyak 63 buah sekolah di Daerah Kuala Pilah dan dianggarkan kehadiran 800 orang murid, guru, ibubapa, komuniti setempat serta agensi luar yang berkaitan.

Aktiviti

Penyertaan petugas NADI Negeri Sembilan untuk bertugas sebagai sekretariat mengendalikan Program Kempen Internet Selamat. Justeru itu, penglibatan petugas NADI Negeri Sembilan sebagai sekretariat yang akan melaksanakan bidang tugas keseluruhannya seperti berikut ;

  1. Memberi taklimat advokasi Kempen Internet Selamat kepada pengunjung yang hadir ke booth dan sekitarMenyedia bahan pameran Kempen Internet Selamat dan NADI.
  2. Menyedia dan mengedarkan risalah Kempen Internet Selamat dan NADIMenyediakan dan mengendalikan aktiviti permainan ringkas (online/offline) kepada pengunjung yang hadir ke booth.
  3. Menyediakan cenderamata kecil kepada pengunjung yang menjalani aktiviti di booth sebagai tanda penghargaan.
  4. Menyediakan perkhidmatan pintar NADIMenjalankan engagement serta menambah jumlah bilangan ahli NADI.
  5. Memberi perkongsian dan memperkenalkan NADI kepada pengunjung yang hadir ke booth dan sekitar.