mcmc
Laporan Aktiviti

Bazar Raya NADI Kampung Jemapoh

Tarikh: 14 Mac 2026
Masa: 08.00 pagi – 04.00 petang
Lokasi: NADI Kampung Jemapoh
Peserta: 60 pengunjung

Tujuan

Bazar Raya NADI ialah satu inisiatif platform jualan usahawan tempatan, khususnya usahawan kecil & mikro yang dianjurkan melalui rangkaian pusat NADI di seluruh Malaysia. Ia biasanya fokus kepada produk raya seperti makanan, kuih-muih, pakaian, dan barangan persiapan Aidilfitri.

Aktiviti

Program ini telah dihadiri seramai 60 orang para pengunjung. Di Bazar Raya NADI, pelbagai aktiviti yang dianjurkan yang melibatkan komuniti, usahawan, agensi dan lain-lain lagi. Gerai usahawan juga dijalankan oleh 10 usahawan yang menjual produk keusahawan seperti barangan kraf rotan, aksesori perayaan, makanan dan lain-lain lagi. Selain itu, program Kempen Internet Selamat juga diadakan oleh petugas NADI menerusi acara taklimat, edaran risalah dan aktiviti permainan fizikal.