Banteras Tular Berita Palsu

Galeri Foto | 30 May 2020

Situasi semasa covid-19 di Malaysia yang mula menunjukkan trend penurunan dijadikan peluang sesetengah pihak untuk mula giat menyebarkan perkongsian berita palsu dan teori konspirasi.

Trend perkongsian berita palsu kini berunsur hasutan dan mampu menggugat keselamatan kerana mereka cenderung mengajak masyarakat supaya tidak mematuhi langkah pencegahan.

Kesungguhan anggota kesihatan untuk memastikan setiap nyawa pesakit di selamatkan merupakan antara punca mengapa mortaliti kes covid-19 di Malaysia antara yang terendah di dunia.

Malangnya, kelebihan ini dijadikan modal sesetengah pihak untuk mendakwa penyakit ini sebagai tidak bahaya, kurang berisiko dan sengaja di besar besarkan untuk kepentingan pihak tertentu.
.
Isu ini perlu di tangani segera sebelum semakin parah. Individu dan pihak yang giat menyebarkan berita palsu perlu dikenalpasti dan diambil tindakan segera.

#StayAtHome

#DudukDiRumah

#COVID-19