mcmc
Laporan Aktiviti

Kempen Internet Selamat: Cybergrooming Atau Cinta?

Tarikh: 14 Februari 2026
Masa: 03.00 petang – 04.00 petang
Lokasi: NADI Kampung Jemapoh
Peserta: 3 orang

Tujuan

Program ini adalah program kesedaran khas kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Program ini adalah kelas secara talian di NADI yang memfokuskan kepada penggunaan internet dengan selamat bagi kategori kanak-kanak dan belia.

Aktiviti

Program ini adalah secara dalam talian bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya cybergrooming di kalangan pengguna internet, khususnya bagi golongan muda. Selain itu, program ini membimbing peserta tentang cara-cara untuk melindungi data peribadi dan mengekalkan privasi semasa berada di dalam talian. Melalui program ini, agar lebih ramai individu dapat memahami kepentingan keselamatan dalam talian dan langkah-langkah untuk mengelakkan menjadi mangsa cybergrooming.